BAJAU

 

SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG. PASODKAM!

PENGENALAN

Laman web BAJAU dibuat khusus untuk menyajikan artikel-artikel berinformasi yang mungkin sangat diperlukan oleh atau berguna kepada sebahagian pembaca. Anda akan mendapati banyak perkara berkaitan dengan konsep asas berkenaan sesuatu topik yang dibincangkan di sini. Laman ini tidak mengkhusus kepada sesuatu bidang tertentu, sebaliknya ia lebih bersifat umum. Ada tajuk-tajuk yang mungkin dikekalkan dan ada juga yang mungkin akan dipadam selepas sesuatu tempoh tertentu.

Sekiranya pembaca ingin membincangkan topik-topik artikel yang disiarkan, anda boleh berbuat demikian melalui blog yang kami sediakan. Kami tidak terikat untuk menjawab atau menjelaskan persoalan yang anda bangkitkan.

Para pembaca yang mempunyai bahan yang diikhlaskan untuk dikongsikan bersama, boleh juga menghantarkannya kepada kami untuk dimuatkan di sini. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggung terhadap sebarang artikel yang disumbangkan oleh mana-mana pembaca. Justeru itu, pembaca yang hendaklah menghantar sumbangan artikel untuk dimuatsiarkan di dalam laman ini hendaklah menyedari bahawa anda harus bertanggungjawab ke atas topik yang hendak anda bincangkan.

Walau bagaimanapun, sumbangan anda tertakluk kepada izin bahawa anda membenarkan pihak kami membuat suntingan dari aspek bahasa dan persembahan tanpa menjejaskan maksud wacana anda. ini penting bukan sahaja untuk mengekalkan kualiti laman ini dan kebolehpercayaan pembaca yang lain, tetapi juga untuk memudahkan pembaca lain memahami kandungan wacana saudara.

Selain daripada itu, pihak kami tidak terikat untuk menyiarkan tulisan anda. Hanya artikel yang mempunyai informasi berguna dalam pembangunan masyarakat yang akan disiarkan. Kami tidak sekali-kali akan menyiarkan artikel yang boleh menyinggung perasaan dan sensitiviti mana-mana pihak di dalam laman ini.

Penerbit
19 Julai 2007